Saturday, 15 October 2016

Catatan Harian

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari


 Selamat berhujung minggu buat semua . Hari yang paling dinanti-nantikan terutamanya untuk yang dah berkeluarga. Alhamdulillah, semalam wanee selesai tugasan pertama yang diberikan oleh guru online wanee. Sebelum tu , memang wanee ada bagitahu pada kawan yang wanee nak belajar lebih lagi tentang penulisan dan blog, tapi wanee nak orang yang ajar wanee.

Bukan ape, buku blog memang dah lama beli. Tapi, itula memang pinau mata dan wanee lebih suka ada komunikasi. Jadi, bila tak faham terus tanya untuk dapatkan hasil yang maksimum. Dan, niat wanee tu secara tak sengaja memang dipermudahkan dan kenal secara tak sengaja melalui kawan wanee. Dan siapa tak gembira bila ada seseorang nak ajar kita secara mendalam tentang blog. Kalau sebelum ni, wanee main hentam sahaja . Hehehe, Patut la orang kata , ILMU itu sangat penting.


Tuntut la ilmu walau ape cara sekalipun. Kalau kita betul-betul nak, inshaallah kita akan berusaha sehabis mungkin untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tu. Jauh bukan penghalang lagi, kan sekarang dah ada social media. Guna lah ia untuk perkara berfaedah.


Doakan wanee siap tugasan kedua pulak ye. Debar jugak tau bila jadi protege nie. Erm, okey la selamat malam semua. Doakan yang baik-baik sebelum tidur . Assalamualaikum.






No comments:

Post a Comment