Tuesday, 18 October 2016

Cara Mengawal Stres

Ramai dikalangan kita berhadapan dengan stres. Pelbagai faktor boleh menyebabkan seseorang berada dalam keadaan stress. Nak sentiasa kelihatan muda dan ceria, kena ikut setiap cara yang bakal    Wanee kongsikan sekejap lagi.

Sebelum tu, tanya pada diri musing-masing apa yang membuatkan kita semua stres?

Dan, Kat sini Wanee kongsikan 10 cara nak mengawal stres.

1) Bersyukur dengan segala yang kita ada. 
    - Lagi banyak kita bersyukur, inshaallah kita akan rasa lebih tenang.

2) Belajar teknik pernafasan yang betul.
   - Bila kita stres, elakkan dari berdiri dan sebaik nye duduk. Dalam masa yang sama buat teknik 
     pernafasan supaya otak kita mendapat lebih oksigen.

3) Cakap pada diri supaya lebih tenang.
  - Kadang-kadang kita geram bila sesuatu perkara yang kita tak suka terjadi  pada kita. Setiap 
    masalah pasti ada jalan penyelesaian nye. Ingat tu.

4) Banyakkan berzikir dan beribadat.
  - Bila kita makin rapat  dengan Nya , kita akan rasa lebih tenang. Doa itu senjata untuk hidup yang 
    tenang.

5) Kongsikan perasan dengan orang lain.
  - Pilih seseorang yang boleh mendengar masalah dan rintihan kita. Iye memang susah untuk orang 
    mendengar. Tapi Allah sentiasa mendengar rintihan kita.

6) Pergi mengurut untuk lancarkan peredaran darah..
  - yang ini paling selesa sebab bila kita mengurut, semua kita punya urat saraf dah tak tegang dan 
    badan pun makin ringan. Tulang pun habis berbunyi jugak. Dan peredaran darah juga dapat 
    mengalir ke 
   seluruh badan dengan elok.

7) Berehat dan dengar muzik yang lembut.
 - Muzik yang lembut membuatkan fikuran kita makin tenang dan boleh merehatkan minda kita.

8) Beriadah. 
  - Hujung minggu ambik la masa untuk pergi berkelah atau buat aktiviti berfaedah dengan keluarga 
    atau kawan-kawan.

9) Jangan lupa bersenam juga ye.
  -Pemikiran yang cerdas datang nye dari badan yang cergas. Kena la seimbang, baru la hidup kita 
   lebih bermakna.
  
10) Sentiasa berfikiran positif.
  - Sentiasa berfikiran positif . Ape yang kita fikir, semua itu doa. Jauhkan pemikiran dan percakapan 
    negatif. Macam mane nak kekal positif, kena la berkawan dengan orang-orang yang positif juga.


Semoga ia bermanfaat untuk semua 😊

No comments:

Post a Comment