Friday, 21 October 2016

Catatan Harian

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Assalamualaikum, Alhamdulillah semua dipermudahkan. Macam biasa memang setiap hari akan bangun awal untuk siap kan segala keperluan keluarga. Sape di sini buat bisnes sendiri dan suri rumah  sepenuh masa? . Memang ada segelintir dari kalangan kita sering berkata " ala tak kerja, duduk rumah goyang kaki jela " . Ohho, sungguh tajam ayat mu itu.

Sentap la kan, kita duduk rumah pun buat kerja jugak tau. Kalau goyang kaki pun, itu bila malam masa anak-anak tidur memang itu la masa goyang kaki dan  juga masa berehat. Tapi bagi yang Ada anak kecik lain pulak la , malam pun kena berjaga juga.

Orang dulu-dulu selalu kata , masa anak kecil memang kita serabut tengok rumah bersepah, bising .Tapi, bila anak-anak dah besar nanti korang semua akan merindui setiap detik masa anak-anak kecil.
Alamak, terlajak cerita pulak, harini sempat bawa anak-anak ke tempat kolam renang di Shah Alam. Kawasan yang tidak penuh dengan orang ramai. Seronok sekali-sekala dapat main air kan. Bukan anak sahaja yang nak main , mak budak pun nak jugak tau. Kah, kah,kah.

Kita perlu hargai setiap detik dan Saat bersama anak-anak kerana mereka lah amanah yang telah diberikan kepada kita. Dah puas mandi sampai kecut habis kulit jari, terpaksa la naik ke darat kalau tidak demam la pulak. Bersin sampai hidung bertukar merah 👃.


Jadi, kita nikmati  setiap detik dalam kehidupan kita.


Selamat Malam semua 🌹

No comments:

Post a Comment