Sunday, 23 October 2016

Catatan Harian

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Hujung minggu yang memang seronok sangat dapat berkumpul sekeluarga. Hargai setiap masa yang Kita ada bersama dengan yang tersayang. Perancangan awal sangat penting ye, terutamanya yang sudah berkeluarga. Nak harga Hotel yang mudah dan berbaloi Kena beli dari awal. Kalau seharian sebelum bercuti baru nak pergi cari hotel, alamat nye harga dah naik atau semua bilik hotel yang kita nak dah penuh. Pernah jadi macam tu? Sabar jela siapa suruh kita buat macam tu. Kan dah padan muka😂.

Alhamdulillah, Wanee sendiri memang dah lama rancang untuk bawa anak-anak merasai Lexis Hibiscus di Port Dickson. Sebab selalunya dah Cuba Grand Lexis, jadi kali ini nak tengok sendiri apa beza antara dua tempat ini.

Wah😍, memang berbeza dari segi keluasan kolas renang, iye la kebanyakkan orang yang datang ke Lexis Hibiscus, mereka inginkan kolam renang di dalam bilik. Ia, sangat memudahkan tau terutamanya yanga ada anak kecil Dan mommy yang nak turut serta mandi kolam. Kolam renang dalam bilik ni senang berbanding kolam renang untuk orang awam. Korang nak mandi berapa jam sekali pun tak ada masalah, mandi la sepuas-puasnya.

Dan yang menarik juga Lexis Hibiscus ni, ia ada juga sauna dalam bilik Kita sendiri. Senang cerita,  kalau korang dah sejuk sangat sebab lama sangat berendam. Nah, pergi masuk dalam sauna tu mesti tak rasa sejuk dah. Makin nak mandi dalam kolam renang ada lah. Bila dah lama mandi kolam, perut pun nak juga diisi, tapi malas la pulak nak keluar dari Kawasan Lexis Hibiscus. Jam pun betul-betul menunjukkan pukul 8.30malam. ⏰

Mata tertumpu pada perkataan "Walk  Hibiscus " , betul-betul mengadap ke arah kami. Ape lagi,  kalau buang masa memang rugi Dan orang pun makin ramai. Eh, Walk Hibiscus untuk ape? Okey, walk hibiscus nie tempat makan menggunkan kupon. Makanan pun ikut Rate jugak la rm5,rm10 Dan lain-lain.

Tempat makan ini terbuka untuk orang awak juga. Suasana Dan makanan memang menarik Dan sedap sangat tau. Korang  semua kena Cuba tau.


Kami nak makan dulu ye. Bismillah 😊

No comments:

Post a Comment