Wednesday, 26 October 2016

Catatan Harian

Teks: Nursyazwani Mohd Asaari

Malam yang sunyi, membangkitkan nostalgia yang sentiasa berlegar-legar diminda. Ape pulak tu berfalsafah. Hehe, sekali sekali kita kena layan jugak kepala pening kita ni. Malam ini, Wanee nak kongsikan tentang KEBERKATAN. Sebelum Wanee mula bercerita, maaf Wanee bukan Ustazah tapi Wanee cerita dari pengalaman wanee dan juga sahabat lain.

Izinkan wanee mulakan langkah bercerita. Keberkatan sangat penting dalam hidup kita tak kira apa sahaja yang kita buat, pastikan ia berkat. Bila kita kejar sesuatu perkara, perasan tak kadang-kadang ia makin jauh. Lagi kita kejar, makin jauh ia dari kita. Dimana kah silapnya. Dimana kah keberkatan nya. Menangis air mata bila memikirkannya, tanpa jawapan ku terus berdoa kepadaNya.

Untuk yang masih ada ibu bapa , minta Dan mohon la ampun dan doa  dari mereka. Keberkatan datang dari mereka, doa mereka lah penguat untuk diri kita sebagai anak. Sangat rugi bila kita jauhkan diri dari mereka. Perasan atau tidak, Bila kita terlalu mengejar dunia, kita hampir  terlupa ibu bapa yang sentiasa mendoakan kita. Perasan atau tidak Cuba fikirkan. Dalam seminggu berapa kali kita telefon,peluk dan bertanya kan khabar mereka. Mereka tidak inginkan apa-apa selain  dari kasih sayang, perhatian  dan doa dari anak-anak.

Tidak dilupakan untuk yang dah berkahwin, bagi isteri yang melibatkan diri dalam bisnes atau apa sahaja, redha dan restu suami amat penting. Walaupun tidak diminta, kita tetap kena hormati mereka . Dia lah imam, dia lah sahabat, dia lah suami, dia lah bapa . Bila kita terlalu mengejar dunia, kadang-kadang mereka  yang kesepian akan belaian dan bebelan kita. Tapi, bila kita  stres dengan sesuatu perkara, mereka lah tempat yang selalu kita lepaskan amarah. Tapi pernah kah kita terfikir kenapa kita tidak tenang melakukan sesuatu perkara, mungkin juga kerana tiada Keberkatan dan kita tidak pandai membahagikan masa kita sebaik mungkin.

Hargai lah apa yang ada di depan mata kita. Kerana setiap Keberkatan datangnya dari mereka juga.

No comments:

Post a Comment