Monday, 17 October 2016

Faktor stres

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Tanpa kita sedar, kita selalu  sebut stres, stres, stres.
Betul?
Tapi kita tahu tak apa sebenarnya maksud stres tu.

Mari sini Wanee kongsikan apa itu STRES.?
-Desakan atau tekanan yang dihadapi oleh individu berikutan peristiwa yang berlaku pada mereka. Ape jua situasi atau keadaan yang mengancam atau mengganggu keadaan diri seseorang. Stres menyebabkan seseorang itu perlu keupayaan dan cara untuk menghadapinya.

Dan,

Stres ni jugak boleh berlaku dari segi  emosi dan juga fizikal. Ia sering terjadi dalam kalangan kita semua tanpa kita sedari. Pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlaku stres antaranya pencetus stres dari  luaran dan juga dalaman.

Nampak macam perkara biasa sahaja kan stres ni tapi ia akan bagi kesan yang sangat mendalam kalau kita tidak mengatasinya  dari awal.

Faktor stres kita bahagi 2 ye:
1) Dalaman
2) Luaran

Antaranya : Konflik dalam hubungan sesama manusia, , masa yang terhad, bebanan kerja, keinginan diri sendiri, kemiskinan, kematian, kewangan yang tidak stabil, cemburu, hasad dengki, suka perbesarkan situasa dan banyak lagi faktor stres.

Kalau nak Wanee senaraikan semua memang panjang berjela-jela. Inshaallah setiap masalah ada penyelesaian nye.


Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

No comments:

Post a Comment