Monday, 24 October 2016

Kepentingan Air untuk Hidupan

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari


Hidup ini tiada makna bila air tiada. Tengok tu, penting sungguh air dalam kehidupan kita semua. Air , elektrik dan juga makanan tidak dapat dipisahkan. Tiada elektrik masih okey tapi kalau air yang tiada mampukah kita bertahan dan menghadapinya.

Besar sungguh kesan tiada bekalan air dan juga kurang nya air dalam badan kita. Kebanyakkan aktiviti harian kita akan terganggu gara-gara air. Nak basuh baju pun memerlukan air kan, nak memasak juga memerlukan air, nak buang air besar dan kecil pun memerlukan air. Ape akan terjadi, kalau kita masih boros dan tidak menggunakan langkah yang bijak dalam mengawal penggunaan air.

Air, air, air.

Hargai lah air. Sebelum ini, kawasan rumah Wanee juga pernah tiada bekalan air. Fuh, berderau darah  fikir macam mana nak dapatkan bekalan air. Dah la masa itu baru balik dari kampung, memang langsung tak sangka la air tiada masa Wanee balik ke rumah. Bukak air dalam Tandas , tak keluar air. Macam mane tu, tak ke terkejut dibuatnya.

Dengan anak-anak yang kecik lagi la cabaran tau. Mujur periksa dulu ada air atau tak. Kalau tetiba dah buang air besar dan nak gunakan air tapi air tak ada . Uwaaaa, tidak! Dengar macam geli, tapi itulah kenyataan nya.

Itu bab luaran. Ini pulak bab kita makan Dan minum pulak.

Setiap hari kita kena pasti kan yang kita minum air kosong secukup nya. Tambah pulak, dengan cuaca yang tidak menentu membuatkan badan kita kehilangan banyak air. Ia juga dapat melembabkan kulit Kita dari kekeringan.

Ape yang Wanee nak tekan kan , aktiviti seharian kita sangat-sangat bergantung pada air. Guna air dengan bukak ye, sebijak  pengguna nya.

No comments:

Post a Comment