Tuesday, 25 October 2016

Pengalaman Bisnesku

Teks: Nursyazwani Mohd Asaari

Pengalaman memainkan peranan yang sangat penting dan ia tidak dapat dijual beli. Lain orang, lain pengalaman yang mereka hadapi. Sama juga lah dengan wanee. Dalam beberapa tahun wanee terlibat dalam bisnes secara tidak sengaja dengan pelbagai jenis bisnes. Naik dan turunnya sesuatu bisnes itu adalah perkara biasa.

Bisnes ini sangat menarik bila sentiasa ada sales yang masuk. Dan ia membei motivasi pada diri kita supaya sentiasa buat dan nak buat lagi dan lagi. Ingat, bisnes bukan segalanya yang penting niat kita buat bisnes untuk ape. Betulkan niat kita supaya kita makin kuat untuk hadapi naik turun dalam bisnes kita pada masa akan datang.

Macam-macam yang Wanee rasa, pahit geram nak menangis semua perasaan ada. Bila rasa macam tu, hanya satu tempat yang paling Wanee suka luahkan pada Allah.  Lepas luahkan akan rasa lebih lega. Wanee impikan mentor tapi mentor tiada bila kita  memerlukan . Hanya Tuhan yang tahu perasaan Wanee masa tu, kita nak buat yang terbaik supaya jika  ada kesilapan , kita boleh terus perbaiki.Kalau dah lama sangat dan tak ada respon, kita bukan merajuk cuma bila kita tengah teruja buat sesuatu perkara kita akan buat dengan sepenuh hati.

Betul tak?

Wanee tak malu  sebab diorang asyik komen pasal hasil kerja kita. Tapi, malu sebab selalu kena ingatkan mereka untuk semak hasil kerja kita yang dah lama tertangguh. Kebuntuan menghantui Bila kita dah ada idea tapi tiada respon dari pihak lagi satu. Bagi Wanee setiap Minot itu berharga sangat, mungkin diri terlalu banyak kekurangan sebab itu Wanee inginkan tunjuk ajar mereka secara terperinci maksud sebuah bisnes itu. Ape Korang rasa.

Usah ulang kesilapan yang sama, ia merugikan masa wang dan tenaga. Wanee tak nak bazirkan masa lagi sebab tu memang keutamaan nak buat yang sehabis baik. Semoga Allah makbulkan doa ku yang tersemat jauhkan dilubuk hatiku ini. Kau pimpinlah aku, Kau jangan biar kan aku memimpin diriku  sendiri.

Carilah keberkatan dalam setiap langkah hidupmu.  Wanee doa kan sahabat Wanee semua kaya Dan berjaya.


1 comment: