Wednesday, 19 October 2016

Pengalaman Kehamilan

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Assalamualaikum pembuka bicara, setiap wanita mengimpikan untuk menjadi seorang ibu. Merasai sendiri pengalaman 9 bulan 10 hari mengandungkan anak dalam perut. Lain orang, lain pengalaman mengandung nye. Termasuk la wanee juga. Hehehe, nak jugak tu cerita pengalaman sendiri.

 Macam wanee sendiri, pengalaman mengandung tu memang berbeza-beza untuk 3 orang anak. Semasa kita mengandung, hormon pun tak stabil dan campur pulak dengan rasa mual sampai la nak bersalin. Tak perlu takut kalau berat badan kita makin naik dan naik lagi. itu perkara biasa semasa mengandung. 

Kita teruskan lagi ye, pengalaman bersalin anak pertama. Alhamdulillah, sepanjang mengandung alahan memang teruk sangat sampaikan ubat gigi pun tak boleh guna. Tapi, wani masih gosok gigi tau cuma bertukar kepada ubat gigi budak la. Selera makan tak ada masalah dan selera muntah pun sentiasa ada terutamanya lepas makan memang akan muntah balik. Keadaan tu jadi sehingga la 9 bulan. Sehingga la bersalin, mungkin anak pertama , sakit nak bersalin tu tak tahan sangat sebab lama sangat dari pukul 5 petang sehingga 6 pagi. Alhamdulilah, pukul 7 lebih pagi , lahirlah seorang puteri ku.

Sepanjang proses kehamilan, nak ke mana-mana mesti Wanee akan bawa bersama plastik untuk siap sedia untuk muntah. Yang menarik nya, masa pergi berjalan kat pusat beli-belah langsung tak muntah. Tapi, bila dalam kereta memang muntah sahaja kerjanya. Memang lesu la badan masa tu. 

Pengalaman anak ke dua, segalanya berjalan lancar tanpa epidural. Masa kat dalam bilik bersalin memang sedar siap boleh tengok jam lagi. Masuk bilik bersalin pukul 9 pagi dan pukul 11 pagi Alhamdulillah dah melahirkan anak. Yang ke dua nie , doktor dan nurse pun terkejut sebab cepat sangat. Syukur.

Pengalaman yang ke tiga pulak, memang mencabar dari awal sampai third trimester. Masa tu hanya Allah yang tahu berdebar dengan diagnosis berkaitan chromosome . Dan Wanee ikut setiap proses yang diaturkan oleh doktor untuk kami. Mak mane tak risau bila melibatkan anak. Allah Maha Mendengar, Dia mendengar setiap doa yang kami mohon dan kami melepasi tahan kritikal yang Kami sendiri redha dengan setiap ape yang akan berlaku. Alhamdulillah, anak ke 3 Wanee dilahirkan dalam keadaan sihat walafiat Dan satu keajaiban yang tak terucap dengan kata-kata kami.


Syukur alhamdulillah untuk amanah yang Engkau berikan kepada Kami. Sayangilah anak-anak kerana kita sebagai ibu bapa adalah model dan kita lah juga yang paling rapat dengan mereka.

Mama sayang semua anak-anak mama. Doa mama semoga anak mama menjadi anak yang Soleh Dan solehah. Amin.

No comments:

Post a Comment