Sunday, 16 October 2016

Tips Uruskan Masa

Teks : Nursyazwani Mohd Asaari

Assalamualaikum pembuka bicara, harini Wanee nak bagi sedikit tips untuk mommy semua kat luar sana. Bangun pagi mesti kita nak ceria dan gembira kan?  tak kan la bangun pagi muka masam mencuka dan marah anak-anak. Oh tidak, itu dah aura negatif , tak nak macam tu tau.

Salah satu yang Wanee buat sebelum tidur malam , pastikan semua pakaian untuk anak-anak pakai keesokan harinya dah disediakan. Letak satu tempat senang nak ambil dan tak perlu nak pening cari baju.

Kedua, pastikan dapur bersih dan semua pinggan mangkuk dah dibasuh. Elakkan dari pinggan mangkuk terbiar di dalam singki. Bila sinki bersih, makin banyak rezeki yang datang kepada kita. Nak rezeki bertambah kan?  Hehehe, jadi kena la jaga kebersihan ye.

Ketiga, gosok semua baju yang nak dipakai pada hari berikutnya. Kalau nak lagi jimat, gosok terus baju untuk seminggu. Jimat masa, jimat tenaga dan jimat elektrik jugak. Tambah pulak, bila dah jadi orang perempuan , memang kena bijak membahagikan masa.

Keempat, kena bangun awal pagi jugak tau. Ahha, mungkin ramai yang tak perasan dan ini pengalaman Wanee sendiri. Bila kita bangun awal pagi contohnya pukul 5 atau 6 pagi , badan kita akan lebih bertenaga dan minda kita pun positif.  Dan jangan lupa jugak untuk tadah tangan kepadaNya, dan bagi sedikit masa untuk baca Al-Quran. Inshaallah, kita akan rasa tenang.

Korang buat dulu, baru la akan tahu hasilnya.

Sebenarnya banyak lagi yang nak dikongsikan dengan semua. Tapi apa kan daya si anak kecil sudah memanggil ibunya untuk tidur. Heheheh. Semoga tips ini bermanfaat untuk kita semua.


No comments:

Post a Comment